Pages

Monday, 19 April 2010

Tinggalkanlah Lima Perkara

1 - Tinggalkanlah pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.

2 - Tinggalkanlah perkataan-perkataan yang berlebihan, anda akan mendapat hikmah dan menjadi orang yang bijaksana

3 - Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan lebih cergas dan rajin melakukan ibadah

4 - Tinggalkanlah melihat kecacatan (aib) orang lain, nescaya anda akan lebih mengenal kecacatan sendiri.

5 - Tinggalkanlah penyelidikan yang terlampau mendalam tentang Zat Allah, Nescaya anda akan terhindar dari keraguan dan kemunafiqan.

Empat Darjat Manusia

Khalil Bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat dan kualiti manusia terbahagi atas empat macam iaitu,

1 - Manusia yang tahu(Mengerti), dan dia tahu bahawa dia tahu. Yang demikianlah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.

2 - Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu, Orang yang demikianlah sedang tertidur. Dan perlu dibangunkan.

3 - Orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu, Orang yang demikianlah perlu dibimbing supaya menjadi cergas.

4 - Orang yang tidak tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tak tahu. Orang yang demikianlah harus dijauhi.

Mutiara Kata Kehidupan

Mutiara Kata Hari ini...

"Fikirkan balik apa yg kita telah lakukan hari ini,
supaya kita dapat mengambilnya sebagai pengajaran dan
pengalaman untuk masa akan datang."

"Zulfakar Moktar"

"Dunia ibarat pentas lakonan, hidup kita di dunia umpama lakonan, mata kita adalah kamera, telinga kita merakamkan apa yang kita dengar ungkapan dari mulut kita dan mulut lain.Dan kita adalah pelakonya. Dan lakonan ini akan menentukan siapa kita di akhirat nanti"

-Hidup Satu Persinggahan-

KHUTBAH TERAKHIR DARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb zulhijah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarkanlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, Aku tidak mengetahui apakah aku akan dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarkanlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu mengangap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslin sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kapada kamu jika pemiliknya berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhintungan diata segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang menglibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Bewaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Mereka telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu menpunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik.berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilaran melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari,berpuasalah dibulan ramadhan,dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sesekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas ku. dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar(dan membaca) ucapanku, sampaikanlah pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kata ku dari mereka yang terus mendengar dari ku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu...