Pages

Thursday 17 October 2013

How we going to survive in the next 5years in Malaysia?

Our ancestor already succeed in their life, now as their descendant how we going to survive in our next life?
How we (Generations Y and later) going to survive living in Malaysia in Next 5 years?
I am sure all of you already aware of the current inflation in Malaysia today.
Every one dreamed to to own house.
Houses are classified as NEED because everyone need place to living to shelter.
supported by Universal Declaration Of Human Right,

"In article 25, the Human Rights is to have a perfect living place namely housing"

But in Malaysia today, Houses already become COMMODITY.
the developer maximized their profit by making it as COMMODITY.

The questions is,
Are our income is enough to afford living in Malaysia today?
How much housing price now?
How inflation affect our daily life?
How much salary increasing per year?

"According to Dr. Ernest Cheong young working adults aged 25-35 and holding their first jobs earn between RM3,000 and RM5,000 a month and would not be able to afford anything beyond RM100,000."

IF RM 5,000 monthly minus KWSP , car loan, fuel, food, bills, study loan, money for parents every month and etc.
How much left?

I add an example,
RM 5,000 monthly salary (Single living with parents).

- KWSP = RM 560
- Bills Utility(Electric, Water, Phone/Internet, Maintenance company = RM 300
- Car loan = RM 600
- Petrol/Maintenance = RM 350
- Food & Household Expenses (inhouse only) = RM 400
- Insurance (3 person) = RM 450
- Parents = RM 500

Balance = RM 1,840.
On this much amount do you think we can afford to buy own house and how much left if you already married and have children.
STILL, do you think we can afford to buy our DREAM HOUSE with our current income?

Please watch this video, then you will know the our country current situations.





Wednesday 20 March 2013

PUISI UNTUK WANITA


PUISI KHAS UNTUK INSAN YANG BERGELAR WANITA :

Wanita itu Lamborghini,
Lelaki itu Lori.
Kdg2 tak sedar diri,
Selalu dipermain lelaki.

Tak kan tak sedar lagi?
Mana pergi harga diri?
Ingat kpd diri sendiri,
"Aku Punya Harga Diri"

Jaga hati, jaga diri,
Jangan makan hati, nanti termakan diri.
Kalau nanti termakan diri,
Satu pun tak suna lagi.

Nakhoda atas kapal,
Kapal layar atas awan.
Angan dan mimpi, mimpi berangan,
Berangan nak hidup, atas kayangan.

Tepuk dada, tanya iman,
Adakah teman kamu cukup iman.
Cari orang yang beriman,
Kerana itu yang patut dibuat teman.

Orang tua jangan sesekali melawan,
Kawan itu boleh jadi lawan.
Hidup ini penuh pancaroba,
Jangan terleka, nanti kamu ternoda.



Saturday 16 February 2013

Melaka


aku berjalan di bandaraya yg sibuk saban hari
bermula dari seawal jam lima pagi bandaraya kelihatan

sibuk hingga ke lewat malam
melihat telatah warganya ada yg berhempas pulas bekerja
ada yang goyang kaki tanpa berbuat apa sahaja

negeri peninggalan laksamana hang tuah ini menyimpan

seribu satu kisah hanya warganya yang menjadi saksinya
ada yang hidup kaya raya, ada yang hidup papa kedana

kau yang mengumpan ramai orang dalam bicara fantasi mu
mulut manis memerangkap kepakaran mu
mengejar kebahagiaan dan kesenangan hidup
bicara mu mengoda semua bagai indah
ramai yang terperangkap kerananya

bila diumpan yang penting ditinggalkan
umpan mu pentingya mengena tanpa mengira siapa mangsa
selepas itu kau tinggalkan
tinggal yang tertipu
tertipu di rompak terang-terangan

terangnya jelas ingin disuluh lagi
itu pun buta mata lagi
tertipu tergadai terbarai
tak tahu apa ku nak kata kan lagi

bila malam ramai menjelma anak muda
muncul tanpa hala tuju
berlari menuju syurga duniawi
mengejar apa yang tak pasti

tanam pokok letak baja banyak-banyak
tak siram hari-hari tak menjadi
cukuplah dengan berangan banyak
kejarlah realiti baru menjadi

Wednesday 13 February 2013

Kawen mude

Haih.. lame da tak post kt entry baru kt blog nih.. bzaman rasenye. 
ok terlebih dahulu aku nk mintak maaf klu ader menyinggung perasaan sesiape je or terkasar bahase. Harap diampunkan.
okay, berbalik kpd topik hari ni, "Kawen Mude", ramai org cakap kawen mude ni bagus. sb bole elak maksiat, and bole mematangkan pemikiran kite. 
Yes! aku setuju tang tu. tapi ade bende yg aku kurang setuju jugak.

1. Macam mane klu pasangan tu belum sedia lg?
2. Boleh ke pasangan tu hidup kekal bahagia?
3. Macam mane perbelanjaan isi rumah pulak?

ini antare persoalan dri minda aku. soalan senang je kan and aku rase budak sekolah pn bole jawab.
tapi, kalau setakat jawab sahaje cukup ke?
adakah bende tu bole berjaye?

okay, aku nk kongsikan pengalaman yg aku nampak dari mate kepale aku sendiri.


Ijoy dan ina (Bukan name sebenar)

Dorang ni start kawen mase umo belasan taon lg, yg lelaki umo 18, yg perempuan umo 16.
mule-mule aku tgk dorg ni happy je walaupun hidup dalam keadaan serdahane.
kluar makan same-same, jalan same same and bole dikatekan mmg sentiase bsame la. mmg happy la aku tgk mase tu.

Tapi, 2 taon lepas tu, bile aku tengok dorg da ader sorang anak, aku tgk dorg ni macam ade konflik di mane si suami ni jadi malas nak kerje. Isteri dia asyik dok berleter je kt dia. yela dah ade baby kan? 
nak beli susu, nak beli lampin, barang dapur, keperluan rumah lg.
akhirnye, si suami ni dibuang kerje sb selalu sangat ponteng kerje. Si isteri pulak mule pakse-pakse suaminye cari kerje. Si suami pulak sibuk (Addicted) habiskan mase dekat Cyber cafe bermain game dan Si isteri mule naik kecewe dengan sikap suaminye yg menghabiskan mase hampir 18jam di cyber cafe dan melepak sepanjang hari.

Si isteri pule mencari nafkah dgn bekerje di kedai makan utk membeli lampin dan susu anaknye. Dengan gaji yg kecik, dan tak cukup si isteri meminte simpati dari kawan-kawanye utk membantu beliau.
tapi, adekah kawan ini, sudi membantu setiap mase? dorg pun ade life dorg jugak kn?

pernah jugak si isteri ni call aku nak pinjam RM 200 utk beli lampin dgn susu anak dye. tp mase tu aku takde duit. aku student lg mase tu, so poket pn kering.

Oleh kerane desprate sgt, si isteri ni mule mengelabah tak tentu pasal, dan pade satu hari, beliau terkene umpan kawan kpd suaminye yg nak tolong beliau. Namun kesudahanye, beliau dirogol beramai-ramai di dalam semak. Dan akhirnye, mereka berdue pun bercerai.

p/s : Tepuk dade, tanye iman. sudahkah anda bersedia utk bernikah? jika belum, jgn terburu-buru. amik mase anda dlu.

Friday 21 September 2012

Taubat

وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٍ۬ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥۤ أَمۡرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِيَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَـٰلاً۬ مُّبِينً۬ا

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya... telah menetapkan suatu ketetapan (hukum), akan ada bagi mereka pilihan (hukum yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata." (TQS. al-Ahzab [33]: 36)

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا سَوۡفَ نُصۡلِيہِمۡ نَارً۬ا كُلَّمَا نَضِجَتۡ جُلُودُهُم بَدَّلۡنَـٰهُمۡ جُلُودًا غَيۡرَهَا لِيَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمً۬ا

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (QS An Nisa':56)

YA ALLAH AMPUNI SEGALA KESALAHAN KAMI, SEGALA KEJAHILAN KAMI, DAN PENGINGKARAN KAMI TERHADAP SYARIATMU, TERHADAP KETETAPANMU, TERHADAP AYAT2 MU. JADIKANLAH KAMI ORANG2 YANG TEGUH MEMPERTAHANKAN AGAMAMU, JADIKANLAH KAMI ORANG2 YANG SENTIASA BERADA DI JALANMU, SETELAH ISLAM INI SETELAH AGAMA INI KAU KEMBALIKAN KAU SAMPAIKAN KEPADA KAMI YA ALLAH, JANGAN BIARKAN KAMI TERKAPAI2 TANPA AGAMAMU YA ALLAH.

Mari Mengenal Syaitan , Jin dan Iblis Yang Ada Sekeliling Kita


Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas’ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.

Apakah itu Jin?

Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya “yang tersembunyi” atau “yang tertutup” atau “yang tak terlihat”. Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum “alam tersembunyi”, sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha’labah yang bermaksud : “Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah.”

Awal Penciptaan Jin

Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).

Bagaimana Jin dan Syaitan Hidup?

Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.

Tempat tinggal Jin?

Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia.
Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: “Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah.”
Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: ” Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan” (HR. Abu Dawud)
Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: “Janganlah kamu kencing dilubang.” (HR. An-Nas’i)

Kerajaan Iblis?

* Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib diwaspadai :

* Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.

* Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.

* Yang ketiga, namanya ialah Al-A’war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.

* Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.

* Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.
Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :

Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A’war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.
Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, “Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A’war, Maswath dan Zalnabur.”
Jin dan Iblis adalah salah satu makhluk ghaib.


Wednesday 9 May 2012