Pages

Sunday, 7 February 2010

Pengorbanan Seorang Yang Bergelar Bapa

Ayah atau Bapa dikenali sebagai seorang insan yg paling banyak berkorban untuk anak-anaknya.
Semalam 'tika aku bekerja, aku menyapa seorang pakcik yg kelihatan umurnya menjangkau
50-an. Yg berkerja sebagai Guard di sebuah pasaraya di Bandar Melaka.
Banyak yg ku bual dengan beliau. Dan didalam penulisan aku kali ini, aku tak ingin berkarang panjang-panjang nanti orang malas nak baca pula.
Cerita ini bermula dari pertanyaan pakcik itu kepada ku,

Pakcik; Nak, kau memang asal sini ke?

aku: Ya. Pakcik pula?

Pakcik; Pakcik asal dari Singapura, bila umur masuk 5tahun. Pakcik datang ke Malaysia ikut ayah yg bekerja sebagai British Army. Ayah pakcik org putih, mak cina.

aku; erm..sebelum ni pakcik kerja apa?

Pakcik; Pakcik jd Cleaner kt Petaling Jaya selama 10thn, lepas tu pakcik di pindahkan ke Tesco Melaka sebagai Supervisor. Lepas tu pakcik dah bersara.

aku; kalau dh bersara kenapa kerja lg pakcik?

Pakcik; anak perempuan pakcik sambung belajar kt Universiti pakcik takde duit nk kirim kt dia sebab itu pakcik kerja.

aku; *mendiamkn diri sahaja*



GAMBAR DI ATAS(YG PALING DEPAN) IALAH PAKCIK ITU.
BAYANGKAN BAGAIMANA PENGORBANAN DIA UNTUK ANAK PEREMPUAN DIA YG SEDANG BELAJAR DI MENARA GADING.

P/S; Melihat pakcik itu, aku teringat kt Abah aku. Dia pn kerja bermati-matian untuk menyara keluarga dan memberi elaun perbelanjaan aku di Menara Gading.

No comments:

Post a Comment