Saturday, 16 February 2013
Melaka
aku berjalan di bandaraya yg sibuk saban hari
bermula dari seawal jam lima pagi bandaraya kelihatan
sibuk hingga ke lewat malam
melihat telatah warganya ada yg berhempas pulas bekerja
ada yang goyang kaki tanpa berbuat apa sahaja
negeri peninggalan laksamana hang tuah ini menyimpan
seribu satu kisah hanya warganya yang menjadi saksinya
ada yang hidup kaya raya, ada yang hidup papa kedana
kau yang mengumpan ramai orang dalam bicara fantasi mu
mulut manis memerangkap kepakaran mu
mengejar kebahagiaan dan kesenangan hidup
bicara mu mengoda semua bagai indah
ramai yang terperangkap kerananya
bila diumpan yang penting ditinggalkan
umpan mu pentingya mengena tanpa mengira siapa mangsa
selepas itu kau tinggalkan
tinggal yang tertipu
tertipu di rompak terang-terangan
terangnya jelas ingin disuluh lagi
itu pun buta mata lagi
tertipu tergadai terbarai
tak tahu apa ku nak kata kan lagi
bila malam ramai menjelma anak muda
muncul tanpa hala tuju
berlari menuju syurga duniawi
mengejar apa yang tak pasti
tanam pokok letak baja banyak-banyak
tak siram hari-hari tak menjadi
cukuplah dengan berangan banyak
kejarlah realiti baru menjadi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment